ONE STEP CLOSER

Assalammualaikum..

Wahai Norheni Jamri bakal zaujahku yang baik hati,


Esok tiba masanya kita diijabkabulkan. Syukur dgn segala norma kehidupan sepanjang pertungan ini kita lalui dgn tabah dan redha. Akhirnya masa kemuncak telah pun tiba. Sy Mohd Abdillah Mohd Isa dgn penuh rendah hati dan juga khilaf terhadap awak. Sy menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan, pertunangan kita banyak buat silap dgn awk samada sengaja atau tidak. Itulah diri sy sebenarnya. Lemah dr pelbagai sudut. Mencari sesuatu yg pasti terkadang smpai memaksa kpd awk dlm sesuatu perkara. Berang sifat yg sy terlalu susah nk kikis dlm diri ini. Sy akan belajar dan terus belajar utk memperbaiki diri. InsyaAllah.


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Sungguhpun diri ini byk memperlakukan kesilapan terhadapmu. Aku sekalipun tidak akan menyakitimu. Aku berpegang sebagaimana amanah yang Allah akan berikan ini. Akan ku jaga dirimu sepenuh hati, dibelai dan dikasihi sejujurnya dari sanubari. 


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Aku mengungkapkan jutaan terima kasih atas kehadiranmu. Aku bersyukur kerana berpeluang utk memilikimu Norheni. Baik budinya, cantik parasnya, indah bila m
elihat. Tenang jiwa. Sungguh indah hatimu terhadapku. Aku berterima kasih kerana sudi menerima diriku sebagai bakal zaujmu


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Engkaulah sinar harapan yg Allah bakal pinjamkan bersamaku. Kerana mu akan ku gagah menempuhi onak berliku kelak. Keranamu akanku redah segala pancaroba duniawi. Dan keranamu juga akan ku pikul segala amanah yg telah Allah berikan.


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Ingatlah. Walau apapun terjadi selepas majlis pernikahan ini. Kuat utk aku bermohon. Berbincanglah. Jgn diminta sesuatu yg tidak endah didgr. Jgn diduga sesuatu yg tidak elok diduga. Dan janganlah sesekali engkau beratkan dirimu utk menempuhi berseorangan. Adanya aku bersamamu adalah utk menempuh dugaan.


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Alhamdulillah dgn berkat kedua ibubapa kita yg ada ini, segala ini terjadi. Didiklah diriku andai khilafku ternampak olehmu. Tegurilah aku atas segala silap salahku. Mohon dirimu sudi menegur atas segala kesilapan yg difikirkan olehmu. 


Wahai bakal zaujahku Norheni Jamri,


Sesungguhnya engkau adalah amanah dr Allah kepadaku. Tidak sesekali sesuatu itu tampak mudah dan senang. Berat bahuku memikul tggjwb ini. Berat lagi hatiku utk melepaskanmu.. Maka setialah bersama hingga akhir hayatku...


Nukilan : Gagak Dirimba.😘😘😘😘😘

Loveusomuch NorheniJamri. Abang sayang awak sampai mati.

Jumaat, 23/10/15.

1214 pm.